MUKADDIMAH
Nabi dan Rasul adalah manusia-manusia pilihan yang bertugas
memberi petunjuk kepada manusia tentang keesaan Allah SWT dan membina mereka
agar melaksanakan ajaran-Nya. Ciri-ciri mereka dikemukakan dalam Al-Qur’an,
"... ialah orang-orang yang menyampaikan risalah-risalah
Allah. Mereka takut kepada-Nya dan mereka tiada takut kepada seorang (pun)
selain kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai pembuat perhitungan."
(Q.S. Al Ahzab : 39).
Perbezaan antara Nabi dan Rasul adalah : seorang Nabi
menerima wahyu dari Allah SWT untuk dirinya sendiri, sedangkan Rasul menerima
wahyu dari Allah SWT guna disampaikan kepada segenap umatnya. Para Nabi dan
Rasul mempunyai 4 sifat wajib dan 4 sifat mustahil, serta satu sifat jaiz,
yaitu :
1.Shiddiq (benar), Mustahil ia Kizib (dusta).
2.Amanah (dapat dipercaya), mustahil Khianat (curang).
3.Tabliqh (Menyampaikan wahyu kepada umatnya), Mustahil
Kitman (menyembunyikan Wahyu).
4.Fathonah (Pandai/cerdas), Mustahil Jahlun (Bodoh).
5.Bersifat jaiz yaitu Aradhul Basyariyah (sifat-sifat
sebagaimana manusia).
Di dunia ini telah banyak Nabi dan Rasul telah diturunkan,
tetapi yang wajib diketahui oleh umat Islam adalah sebanyak 25 Nabi dan Rasul, iaitu :
Nabi Adam as Nabi Idris as Nabi Nuh as Nabi Huud as Nabi Shaleh as
Nabi Ibrahim as Nabi Ismail as Nabi Luth as Nabi Ishaq as Nabi Ya’qub as
Nabi Yusuf as Nabi Syu’aib as Nabi Ayyub as Nabi Dzulkifli as Nabi Musa as
Nabi Harun as Nabi Daud as Nabi Sulaiman as Nabi Ilyas as Nabi Ilyasa as
Nabi Yunus as Nabi Zakaria as Nabi Yahya as Nabi Isa as Nabi Muhammad