TIPS MEMILIH KASUT SUKAN

Rasanya tak ramai yang ambik kisah bila melibatkan kasut sukan. Ada yang tengok pada jenama, ada yang tengok pada design kasut dan ada yang nak sebab murah . Tapi kali ini sekadar nak kongsi tips memilih kasut sukan.

Kalau boleh beli kasut baru ketika hari menjelang petang kerana otot kaki masa itu sedang mengembang sehingga membentuk keadaan fizikal kaki mirip dengan keadaan otot yang berkontraksi ketika anda berolahraga.

Sarungkan kedua-dua kasut pada kaki anda dan pastikan keseluruhan kasut tidak terasa ketat. Berjalan, melompat dan membongkok ketika mencuba kasut baru bagi menilai sama ada ia boleh memberi keselesaan pada kaki anda. Selesa itu penting!

Pilih kasut senaman baru yang tidak ‘menggigit’ bahagian ibu jari kaki kerana harga kasut di pasaran bukannya murah dan kualiti tak seperti harga yang ditawarkan. Pilih kasut senaman mengikut kesesuaian jenis olahraga.

Jenis kasut yang menutup permukaan kaki sesuai digunakan untuk sukan jenis aerobik misalnya badminton dan tenis. Sukan jenis ini boleh mengundang risiko kecederaan pada jari dan otot pergelangan kaki akibat bebanan yang bertumpu pada tumit ketika berolahraga.


Jangan lupa, pilih kasut olahraga yang mempunyai kusyen tebal dan ringan untuk mengurangkan risiko kecederaan. Bagaimanapun, jika anda mencari kasut yang sesuai digunakan untuk senaman jalan kaki dan joging, kasut berkusyen tebal digalakkan.