Perkataan ‘doping’ daIam sukan merujuk kepada penggunaan
dadah/ubat yang diharamkan oleh International Olympic Council (IOC), bagi
tujuan:
- mendapatkan kelebihan daIam prestasi atlit.
-atlit sentiasa mencari kelebihan untuk mengejar kemenangan.
-Dadah yang diharamkan oleh IOC. Diantara dadah-dadah lama
yang telah digunakan sejak awaI 1970-an adalah perangsang (stimulant) dan
narkotik. Tujuan penggunaan stimulant begitu nyata kerana bahan seperti
amfetamin memberi tenaga serta ketahanan yang amat baik terutama dalam
pertandingan seperti lumba basikal, Iarian jarak jauh, acara renang, semuanya
yang memerIukan daya tahan.
-Bahan-bahan narkotik pula menjadi ubat yang berkesan bagi
meneruskan pertandingan tanpa menghiraukan kecederaan yang diaIami atlit.
-Kanabis juga diharamkan atas dasar bahan ini membawa
ketenangan dan meningkatkan keyakinan diri dalam menghadapi pertandingan.
-Ubat darah tinggi yang dikenali sebagal penghalang-beta juga
disalahgunakan oleh atlit dalam acara-acara sukan seperti memanah, menembak,
dan bidang sukan yang memerlukan penumpuan seseorang. Objektif pengunaan adalah
untuk mengurangkan tremor dan kegugupan yang mungkin berlaku.